| Posted on February 8, 2012 at 10:25 PM |
comments (0)
|
As-salam,
Seringkali kita jadi lupa dan alpa apabila kita sedang menjalankan tugas harian, tugas di pejabat, tugas luar dan sebagainya. Lupa pada amalan yang sepatutnya menjadi amalan seharian kita iaitu solat 5 waktu dan juga Solat Dhuha. Di sini saya ingin kongsi dengan anda mengenai Solat Dhuha.
Waktu menunaikan solat Dhuha :
“Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.”
Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk. Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.
Niat Solat Dhuha :
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala
**Samada di tunaikan dengan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat.
Doa selepas solat Dhuha :
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Kebaikan solat Dhuha :
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Insya Allah. Semoga anda mendapat manfaatnya.
Sumber :
http://fabulousnana.com/blog/2011/04/solat-dhuha-dan-kebaikannya/
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_DHUHA
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
http://www.perjalanansuci.com/Doa/SolatSunatDhuha.htm
| Posted on October 24, 2011 at 9:05 PM |
comments (0)
|
TIPS MENGAMBIL HATI PASANGAN
Keharmonian rumahtanggaterletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda salingmemahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga andaakan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias.Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain di depannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
| Posted on October 23, 2011 at 9:00 AM |
comments (0)
|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Musim cuti sekolah akan tiba tak lama lagi. Pastinya ramai yang akan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan pada cuti persekolahan nanti.
Kami di D' Belai Bridal mengambil kesempatan ini untuk menawarkan Diskaun Hebat sebanyak 5% 10% untuk Pakej Perkahwinan seperti berikut:
Syarat-syarat Diskaun 10% ini adalah seperti berikut:
Kepada bakal-bakal pengantin, jangan lepaskan peluang hebat ini!!! Buatlah tempahan anda sekarang dan nikmati diskaun hebat dari kami!!!
Hubungi atau sms 017-352 4626 (AZLINA) untuk tempahan.
| Posted on July 28, 2011 at 8:22 AM |
comments (0)
|
Anda teringin nak nampak cantik macam orang lain dengan solekan yang simple dan menarik tetapi anda tak tau macamana nak makeup….Sertai Bengkel Solekan Peribadi (Basic) kami. Di sini anda akan diajar teknik-teknik solekan yang sesuai untuk ke pejabat dan bersantai. Simple, nampak neutral tapi terserlah keayuaannya.
Siapa yang patut hadiri bengkel ini?
Anda yang tak tahu macamana nak makeup dan takut-takut nak makeup (ZERO KNOWLEGDE).
Latihan Praktikal
Peserta akan melakukan praktikal setiap langkah….jangan risau,anda akan dibantu oleh jurumekap kami. Bengkel akan diadakan dalam kumpulan pesertayang kecil supaya kami dapat membantu anda yang ZERO KNOWLEDGE untuk mahir dalam tempoh tak sampai sehari. Oleh itu, tempat adalah TERHAD!!!
KANDUNGAN PROGRAM
Pengenalan kepada kelengkapan dan peralatan solekan
Jenis-jenis bedak asas & cara penggunaannya
Cara memilih bedakasas yang sesuai dengan kulit
Teknik mengelakkan solekan tidak rata.
Teknik Solekan Cepat
Teknik Solekan Simple& Anggun
v Panduan memakai bedak asas
v Teknik shading – Memancungkan hidung,menguruskan pipi, membentuk wajah
v Panduan membentuk kening dengan sempurna tanpaperlu mencukur
v Teknik solekan mata – Simple & Smokey
v Teknik menaikkan tulang pipi
v Panduan supaya lipstick tahan lama
v Panduan memakai mascara supaya mata nampak lebihmenawan
Tips &Tricks..dll
Yuran : RM 120.00 sahaja
Tempat : Sri Gombak
Tarikh : 6 Ogos 2011 (Sabtu) atau 13 Ogos 2011(Sabtu)
Masa : 10 pagi – 3 ptg
Apa yang perlu dibawa
Cermin muka, pencuci muka, face towel, apa saja alat solek yang ada..(kalau tak ada yang lengkapjangan risau kerana kami akan menyediakan kelengkapan yang boleh dikongsi bersama)
Details akan diberitahu kepada sesiapa yang berminat.
Hubungi atau sms 017-3524626(AZLINA) untuk tempahan. Tempat adalah TERHAD!!!
| Posted on December 13, 2010 at 7:59 AM |
comments (0)
|
Salam all...:)
Dapatkan segera pakej sewaan buaian berendoi kami untuk si comel anda dengan harga yang sangat menarik. Kami mendekorasi mengikut warna pilihan anda....:).
Untuk tempahan hubungi 017-3524626 (Azlina)...
Thanx...:)
| Posted on August 5, 2010 at 7:07 AM |
comments (0)
|
Salam
Adalah dimaklumkan bahawa butik kami akan beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali Isnin (tutup) pada bulan Ramadan ini. Butik kami akan kembali beroperasi seperti biasa selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Penutupan sempena Hari Raya Aidilfitri akan diberitahu kelak...
SELAMAT BERPUASA....RAMADAN KAREEM![]()
| Posted on June 17, 2010 at 4:58 AM |
comments (0)
|
Kami sedia menerima tempahan coklat, kek atau hamper untuk cenderahati, hantaran atau sebagai hadiah kepada yang teristimewa atau rakan2. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 017-3524626 (AZLINA) ![]()
| Posted on December 2, 2009 at 4:55 AM |
comments (1)
|
Salam kepada pengunjung laman web hantaran4u.....:)
Butik Pengantin kami telah beroperasi sepenuhnya di 11B, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor (berhampiran KFC Sri Gombak dan di atas Restoran Mydin Maju)
Sempena pembukaan ini kami menyediakan pelbagai tawaran yang menarik...Kunjungi kami segera untuk mengetahui tawaran yang disediakan....
CEPAT!! CEPAT!! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !!!![]()