Ariena Bridal Creation

Ilhamku Untukmu Raja & Ratu Sehari

Blog

Notis Perubahan Nama Butik

Posted on February 15, 2012 at 7:10 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Para pelanggan, sahabat dan bakal pelanggan yang di hormati.

 

Kami ingin memaklumkan bermula 16 Februari 2012 nama butik kami akan ditukar dari D' Belai Bridal Creation kepada Ariena Bridal Creation (formerly known as D' Belai Bridal Creation).

 

Ariena Bridal Creation (formerly known as D' Belai Bridal Creation) merupakan 100 % syarikat Bumiputera yang berdaftar di bawah nama Arina Unggul Enterprise  yang beroperasi di No. 11 Jalan SG1/6, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

 

Pertukaran nama tersebut adalah bagi tujuan berikut:

 

1. Sebagai satu strategi pengembangan perniagaan. Syarikat kami merupakan syarikat yang berdaya saing yang menawarkan perkhidmatan perancang perkahwinan dan pertunangan yang merupakan One Stop Center bagi para pelanggan dan bakal pelanggan kami.

 

Segala perkhidmatan yang diinginkan oleh Raja dan Ratu Sehari terdapat di premis perniagaan kami. Insya-Allah, kami akan beroperasi di premis yang lebih besar dan selesa di Taman Samudra, Batu Caves tidak lama lagi. Pengumuman rasmi akan di buat dari masa ke semasa.

 

2. Nama yang memberi makna. Dalam Islam setiap pengucapan merupakan satu doa. Oleh yang demikian ucapkanlah yang baik-baik supaya ia menjadi satu doa yang dimakbulkan dan diberkati oleh Allah.

 

Arina di dalam bahasa arab bermakna kecergasan. Kami berharap dengan nama yang dipilih ini syarikat kami akan sentiasa berdaya saing dan sentiasa cergas dalam memenuhi permintaan para pelanggan dan bakal pelanggan dalam merealisasi impian mereka sebagai Raja dan Ratu Sehari.

 

3. Nama Pemilik Perniagaan. Ariena Bridal Creation (formerly known as D' Belai Bridal Creation) dipilih bersempena nama gabungan pemilik syarikat iaitu Azhari Abu (Arie) dan Noorazlina Yusof (Ina).

 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ariena Bridal Creation (formerly known as D' Belai Bridal Creation) adalah sama seperti sebelum ini iaitu:

  • Pakej Perkahwinan & Pertunangan
  • Sewaan Pelamin
  • Sewaan Baju Pengantin & Pertunangan
  • Andaman dan Solekan
  • DJ dan P.A. System
  • Sewaan Kanopi
  • Katering
  • Tempahan Baju Wanita (Baju Pengantin, Kurung & Kebaya)
  • Pakej Buaian Berendoi

 

Laman sesawang (website) kami masih lagi menggunakan alamat yang sama iaitu: www.hantaran4u.com

 

Harap maklum dan terima kasih.

 

Ariena Bridal Creation (formerly known as D' Belai Bridal Creation)

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

6 Comments

Reply obat herbal
6:45 PM on February 13, 2014 
terimakasih telah share artikelnya senang bisa berkunjung diblog anda yang menarik
semaga sukses untuk artikel selanjutnya
salam
Obat Herbal
Reply noera
8:53 AM on April 21, 2012 
tq for the info. sy sedang merancang perkahwinan sy pada thn hadapan & sedang mencari pakej yg bersesuaian. sy nk bertanya, selain menyediakan pakej2 perkahwinan, ariena bridal creation ade x menyediakan barang2 perkahwinan untuk di sewa?
Reply hantaran4u
8:24 PM on April 2, 2012 
Salam Noera,

Terima kasih. Untuk pengetahuan saudari Ariena Bridal Creation dan D' Belai Spa adalah 2 entiti yang berbeza dari segi perniagaan dan pengurusan. Sila berhubung dengan D' Belai Spa untuk mengetahui harga terkini pakej spa yang ditawarkan oleh mereka.
Reply noera
8:01 PM on March 3, 2012 
Hi, tahniah atas pertukaran nama bridal. Sy ade 1 pertanyaan mengenai harga2 spa yg ditawarkn. Adakah harga yg ditawarkn masih kekal hingga kini atau pn masih belum dikemas kini kn lg.
Reply hantaran4u
11:41 PM on February 15, 2012 
Terima kasih Seri Cempaka Canopy & Catering Services dan Aidilikram Sdn. Bhd. Semoga kerjasama yang terjalin akan terus erat dan berterusan, Insya-Allah.
Reply sericempaka
10:31 PM on February 15, 2012 
Tahniah Semoga sukses dan semangat baru utk berjuang di arena ini... Syabas!!!!

ikhlas Dr warga kerja
sericempaka canopy & catering services &
Aidilikram sdn bhd.

Categories

Produk Suami Isteri (Klik gambar)

Like Fan Page Kami


Jadi Sahabat Kami Di Facebook