Ariena Bridal Creation

Ilhamku Untukmu Raja & Ratu Sehari

Blog

Solat Dhuha dan Kebaikkannya

Posted on February 8, 2012 at 10:25 PM

As-salam,


Seringkali kita jadi lupa dan alpa apabila kita sedang menjalankan tugas harian, tugas di pejabat, tugas luar dan sebagainya. Lupa pada amalan yang sepatutnya menjadi amalan seharian kita iaitu solat 5 waktu dan juga Solat Dhuha. Di sini saya ingin kongsi dengan anda mengenai Solat Dhuha.


Waktu menunaikan solat Dhuha :

“Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.”


Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk. Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.


Niat Solat Dhuha :

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala

 

**Samada di tunaikan dengan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat.

 

Doa selepas solat Dhuha :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Kebaikan solat Dhuha :


Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.


Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).


Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”


Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

 

Insya Allah. Semoga anda mendapat manfaatnya.

Sumber :

http://fabulousnana.com/blog/2011/04/solat-dhuha-dan-kebaikannya/

http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_DHUHA

http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm

http://www.perjalanansuci.com/Doa/SolatSunatDhuha.htm

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply bangjed
7:50 PM on April 18, 2013 
Tumpang share / copy maklumat yg berguna ni....

Categories

Produk Suami Isteri (Klik gambar)

Like Fan Page Kami


Jadi Sahabat Kami Di Facebook